23 May
BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN

Dalam menghasilkan karangan yang menarik aspek penggunaan bahasa juga diambil kira. Aspek bahasa yang diambil kira adalah dari segi tatabahasa, sintaksis, penggunaan penanda wacana, dan tanda baca. Selain itu, kosa kata yang tinggi dan ungkapan yang menarik  seperti peribahasa dan cogan kata yang sesuai untuk membuat penulisan karangan menjadi lebih menarik. Berikut merupakan contoh bahasa yang boleh digunakan dalam menghasilkan karangan.

Kesalahan Lazim Tatabahasa

1.      pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

  1. dua setengah kilogram ( X  )
  2. dua kilogram setengah (√  )
  3. tiga setengah minit  ( X  )
  4. lima liter suku     (√  )
  5. tiga suku jam  ( X  )
  6. tiga jam suku (√)

2.    ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di……………………………oleh……………

  1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
  2. Roti itu saya makan.                  (√  )
  3. Roti itu kamu makan.           (√  )
  4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )
  5. Roti itu mereka makan.            ( X  )

3.     membuat  /  berbuat = abstrak/bukan benda

  1. Jangan membuat bising.  ( X   )
  2. Jangan berbuat bising.   (  √ )
  3. berbuat begitu    (  √  )
  4.  membuat begitu  (  X  )
  5.  berbuat demikian   ( √   )

4.   antara (bukan tempat)  / di  antara(tempat)

  1. Antara hobi saya ialah membaca buku.   (√  )
  2. Di antara hobi saya ialah membaca buku.   ( X    )
  3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (√  )
  4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam.   (√ )
  5.  Antara alat-alat tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (  X   )

5.    di dalam (lubang/ruang)    /   dalam (abstrak/tidak nampak)

1.     di dalam ingatannya (  X   )

2.     dalam ingatannya     ( √  )

3.     di dalam bilik        (  √ )

4.     dalam mesyuarat      (  √  )

5.      di dalam hatinya       (  X   )

6.   ialah (kata nama ,kata kerja)    /   adalah (kata sendi,kata adjektif)

1.     Ramli ialah abang saya.    (  √  )

2.     Ramli adalah abang saya.  ( X   )

3.     Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (  √   )

4.     Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang.   (√   )

5.     Hobi saya adalah bermain badminton.  (  X  )

  1. _____ jangan = Harap sahaja

1.     Harap jangan merokok. (  √  )

2.     Sila jangan merokok. (  X  )

3.     Tolong jangan merokok. ( X   )

4.     Usah jangan merokok. ( X   )

5.     Jangan merokok. (  √  )

8.    meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)

1.     menasihati Ali       ( √   )

2.     menasihatkan Ali    ( X   )

3.     menghidangkan tetamu (  X  )

4.     menghidangkan nasi lemak untuk tetamu (  √  )

5.     menaikkan bendera   ( X  )

6.     menganugerahi Encik Azim ( √)

7.     menganugerahkan pingat kebesaran (√)

8.     menaiki taktha (√)

9.     menaiki kereta api (√)

10.  menaikkan lori sawit (X)

9.     (orang)di-…-i(benda)    /   (benda) di-…-kan (orang)

1.     Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (√   )

2.     Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )

3.     Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (√   )

4.     Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X    )

5.     Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√   )

10. memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan (kata kerja)

1.     memperdalamkan lubang itu ( x   )

2.     memperdalam lubang itu (√   )

3.     mendalamkan lubang itu (  √ )

4.     memperkatakan  hal itu (  √  )

5.     memperkata hal itu  ( x   )

11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)

1.     Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )

2.     Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√   )

3.     Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√   )

4.     Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X   )

5.     Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√   )

12.  meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain

1.     Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√   )

2.     Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )

3.     Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (  √  )

4.     Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X   )

5.     Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√   )

  1. kata bilangan ‘ber’ = 2X

1.     berpuluh tahun (  X   )

2.     berpuluh-puluh tahun ( √    )

3.     beribu-ribu penonton (  √   )

4.     beribu penonton ( X   )

5.     ribuan penonton ( √   )

  1. kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan

1.     kedua-dua anaknya (√   )

2.     kedua anaknya ( X   )

3.     anaknya yang kedua (√   )

4.     ketiga-tiga ekor kucing itu ( X   )

5.     ketiga-tiga kucing itu  (√    )

  1. kata bilangan =  B  1

1.     semua murid-murid (  X  )

2.     semua murid  (√   )

3.     para pelajar    (√   )

4.     semua kanak-kanak (√    )

5.     ramai budak (  √   )


16. ramai (meriah/seronok)   /   banyak (bilangan/bukan suasana)

1.     Ramai pelanggan di pasar raya itu. (  √  )

2.     Banyak  pelanggan di pasar raya itu. ( X   )

3.     Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √    )

4.     Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. ( √    )

5.     Ustaz Aqil Hayy banyak peminat ( √    )

17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG)    /   ber (ADA TENTANG)

1.     Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)

2.     Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )

3.     Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )

4.     Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  √ )

5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X    )

18.  kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG

1.     Wau itu akan saya buat. (  √   )

2.     Wau itu saya akan buat. ( X    )

3.     Surat itu telah saya tulis. (  √  )

4.     Surat itu saya telah tulis. ( X   )

5.     Orang gila itu  pernah kamu lihat? (  √   )

19. sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)

Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)

1.     Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X    )

2.     Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (  √   )

3.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √    )

4.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X    )

5.     0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (  √   )

20.  ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA

1.     Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. (  X  )

2.     Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )

3.     Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X  )

4.     Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )

5.     Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X  )

21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3.  kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di oleh(KGN 1,2)

1.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )

2.     Kuih itu dimakan bapa. (  √   )

3.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )

4.     Kuih itu termakan oleh bapa. (    √ )

5.     Kuih itu termakan  bapa. ( x    )

6.     Kuih itu kena makan oleh bapa. (  √   )

7.     Kuih itu kena makan  bapa. (  √   )

8.     Pencuri itu tertangkap polis. ( x   )

9.     Pencuri itu kena tangkap polis. ( √   )

10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √   )

11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x   )

12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √   )

22. angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan. Angka 11 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)

1.     1950an ( X   )

2.     1950-an ( √   )

3.     1950 – an ( X    )

4.     lima puluhan (  √  )

5.     lima puluh an ( X   )

23. lain = di akhir ayat,1x

1.     masalah-masalah lain ( √   )

2.     lain-lain masalah ( x    )

3.     perkara-perkara lain ( √   )

4.     lain-lain perkara (  x  )

5.     hal-hal lain ( x   )

24. akan = tiada imbuhan

1.     menyayangi akan anaknya ( x   )

2.     sayang akan anaknya (  √  )

3.     sayang  anaknya ( x   )

4.     merindui ibunya (  √  )

5.     rindu akan anaknya (  √   )

25. saling = 1x,tidak perlu ganda

1.     Daud dan Arif saling kejar-mengejar (  x     )

2.     Daud dan Arif saling mengejar (  √   )

3.     Daud dan Arif kejar-mengejar (  √   )

4.     Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (  √   )

5.     Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (  √   )

26.  kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

1.     juru-juruterbang (  x   )

2.     juruterbang-juruterbang ( √   )

3.     olahragawan-olahragawan ( √    )

4.     olah-olahragawan ( x    )

5.     seniman-seniman (  √   )

27.  kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

1.     guru-guru besar (  √  )=banyak guru besar

2.     guru besar-guru besar ( x   )

3.     guru besar-besar (  √   )=banyak guru yang besar

4.     alat-alat tulis ( x    )

5.     alat tulis-alat tulis (  √  )

28. kata penguat bebas=sas

1.     sangat cantik (  √   )

2.     cantik sangat (  √   )

3.     amat kejam     (  √   )

4.     kejam amat     (  √   )

5.     bijak sungguh (   √  )

29.  sekali = tidak perlu ter dan paling

1. KLCC tertinggi sekali. (  √   )

2. KLCC tertinggi. ( √    )

3. KLCC tinggi sekali. (  √    )

4. KLCC paling tinggi sekali . ( x   )

5. KLCC tinggi sekali. (  √  )

30. ku/ kau = 1 perkataan   ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada  kah,tiada imbuhan

1.     Buku itu telah kuambil. (  √  )

2.     Buku itu telah kumengambil. ( x   )

3.     Ke mana  kaupergi tadi? (√   )

4.     Itu adikkau? ( X    )

5.     Kausakitkah?(X)

31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh

1.     Siapakah nama saudari? (√   )

2.     Siapa nama saudari? ( x   )

3.     Nama saudari siapa? (√   )

4.     Nama saudari siapakah? ( x   )

5.     Yang manakah basikal kamu ? (  √  )

6.     Cikgu Ali sudah datangkah? (  x    )

7.     Cikgu Ali sudah datang ? (   √  )

8.     Sudah datangkah Cikgu Ali? (  √   )

32. baharu =benda  /  baru=masa=PMR/SPM sama

1.     Abu Bakar memakai baju baharu. (  √  )

2.     Abu Bakar memakai baju baru. ( x    )

3.     Dia baru sampai pagi tadi. (  √  )

4.     Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x   )

5.     Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (  √  )

33. apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

1.     Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x   )

2.     Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (  √  )

3.     Kami tidak ke mana-mana semalam. (  √   )

4.     Kami tidak ke mana semalam. ( x    )

5.     Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (  x   )

34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu   /  ber

1.     Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (  √  )

2.     Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x   )

3.     Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x   )

4.     Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (  √   )

5.     Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x    )

35. belaka = B 1

1.     Baju itu murah-murah belaka.

2.     Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x   )

3.     Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )

4.     Mereka bijak belaka. (  √  )

5.     Mereka-mereka  bijak-bijak belaka. ( x   )

36. daripada….kepada=perbezaan  / dari…..ke=masa,jarak,tempat

1.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)

2.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.

3.     Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)

4.     Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x   )

5.     Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (  √   )

37. boleh=keizinan  /  dapat=memperoleh,guna tenaga

1.     Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√  )

2.     Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x   )

3.     Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x    )

4.     Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (  √   )

5.     Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x   )

38. kata bantu= boleh bersama

1.     Saya belum pernah makan durian. (  √  )

2.     Adik Lilyana masih belum bersekolah. (  √  )

3.     Karim Pin masih sedang menulis surat.(  √  )

4.     Yatimah sudah pernah melawat Jepun. (  √  )

5.     Puan Wong sedang hendak ke pasar. (  √  )

39. sekalian = B 1

1.     Para hadirin sekalian, ( x    )

2.     Hadirin sekalian, (  √   )

3.     Hadirin yang dihormati, (  √  )

4.     Hadirin yang dihormati sekalian,  ( √   )

5.     Tuan-tuan dan puan-puan, (  √  )

40. hanya   / sahaja= tidak boleh bersama

1.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x   )

2.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (  √  )

3.     Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (  √  )

4.     Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. (  √  )

5.     Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. (  √  )

41.   Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)

1.     alat penghawa dingin ( x   )

2.     alat hawa dingin ( x    )

3.     pendingin hawa (   √   ) = hawa yang panas perlu didinginkan

4.     penghawa dingin (  x  )

5.     penyaman udara (  √  )

42.  isme bukan isma

1.     nasionalisma ( x    )

2.     nasionalisme (  √   )

3.     plasma (  √  )

4.     plasme (  x  )

5.     patriotisme (  √  )

6.     vandalisma (  x )

43.          kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B

1.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√    )

Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x    )

2.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (  √   )

Kami  akan pergi esok. (  √   )

3.     Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. ( x    )

4.     Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. ( √   )

5.     Kita semua haruslah bekerjasama. ( x   )

44. di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba

1.     Mereka sudah sampai di Tapah. (  √   )

2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x    )

3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √   )

4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (  x   )

5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (  √    )

45. 1.     menengok televisyen (  √ )

2.     menonton televisyen  (  √ )

3.     memotong getah         (  x   ) = lisan boleh

4.     menoreh getah            ( √  )

5.     menggantung baju di ampaian ( x   )= menyidai

46.  manakala = 2,3.. orang    /   sementara=1 orang

1.     Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)

2.     Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.

3.     Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. (  √  )

4.     Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )

5.     Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √  )

47. atas=bukan tempat    /   di atas= tempat

1.     Terima kasih atas pertolongan saudara. (    )

2.     Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x   )

3.     Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x   )

4.     Buku kamu ada di atas meja itu. (    )

5.     Burung berterbangan di atas awan. ( x   )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh

1.     Saya tidak tahu siapa namanya. ( x   )

2.     Saya tidak tahu namanya. (  √  )

3.     Polis akan menangkap siapa yang mencuri. (  x   )

4.     Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(  x    )

5.     Saya tidak tahu tempat tinggal  Cikgu Shaari. (  √  )

49. tidak=kata kerja,kata adjektif   /  bukan=kata nama,

1.     Dia bukan abang saya. (  √  )

2.     Komputer ini bukan berat.(  x   )

3.     Soalan ini bukan susah. (  x   )

4.     Soalan ini tidak susah. (  √   )

5.     Gillian tidak suka bermain bola sepak. (  √  )

50. mempunyai= untuk orang, haiwan   /   terdapat   /  ada

1.     Sekolah saya mempunyai  sebuah padang. (  x   )

2.     Sekolah saya terdapat  sebuah padang. (  √   )

3.     Sekolah saya ada  sebuah padang. (  √   )

4.     Semua serangga  mempunyai  enam kaki. (  √  )

5.     Saya mempunyai empat orang anak. (  √  )

51. untuk  = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji ayatnya)

1.     Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. (  x  )

2.     Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. (  √    )

3.     Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. (  √  )

4.     Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (  x  )

5.     Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.(  √   )

52. kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain seumpamanya)

1.     tak mau                  =_____tidak mahu_______

2.     tak tau                   =_____tidak tahu___

4.     mak saya               =____emak saya____

5.     tuk saya  =____datuk saya________

6.     dah tau                   =____sudah tahu________

7.     kak saya =____kakak saya________

8.     tak nak                   =____tidak hendak______

53. adakah= ya,tidak    /  apakah=benda, perkara, haiwan

1. Adakah kamu sakit? (  √ )

2. Apakah kamu sakit? (  X   )

3. Apakah nama haiwan itu? (  √   )

4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? (  X   )

5. Apakah yang terjadi?  (  √  )

54. dan sebagainya =sama jenis  /   dan lain-lain lagi= berlainan jenis

1.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. (  √   )

2.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. (   x  )

3.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi da di dalam perpustakaan itu. ( x   )

4.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. (  √   )

5.     Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain lagi.(  x )

55. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas

1.     pasar raya (√   )

2.     pasaraya    ( x  )

3.     bandar raya (  √  )

4.     Bandaraya Kuala Lumpur ( √   )

5.     Bandar Raya Kuala Lumpur ( x  )

6.     Bandaraya Ipoh (  √  )

7.     pilihan raya (  √ )

8.     jalan raya (  √  )

9.     hari raya (  √  )

10. lebuhraya ( x   )

  1. goreng = nak makan/goreng apa?

1.     Saya suka goreng pisang. (  x    )

2.     Saya suka  pisang goreng. (  √   )

3.     Tolong goreng pisang itu. (  √   )

4.     Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x    )

5.     Saya suka menggoreng pisang. (  √   )

  1. kepada  /   ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong, melawat (tempat)

1.     memberitahu kepada Cikgu Siti (  x   )

2.     memberitahu Cikgu Siti (  √  )

3.     melawat ke Kuala Lumpur (  x   )

4.     melawat ke datuknya (  x   )

5.     melaporkan kepada pihak polis (  √   )

6.     kami melawat nenek di kampung (  √   )

7.     ke hospital untuk melawat kawan (  √   )

  1. ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.

1.     Dia tersangat nakal. (  √   )

2.     Dia sangat ternakal. (  x   )

3.     Baju itu amat termahal. (  x   )

4.     Baju itu amat mahal. (  √  )

5.     Baju itu termahal. (  √   )

59. ke……ke  /  untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali

1.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. (  √   )

2.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau  Johor. (  x  )

3.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. (  x   )

4.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. (  √    )

5.     Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x   )

60. se……  /  se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0

1.     dari masa ke semasa (  x    )

2.     dari semasa ke semasa ( √  )

3.     dari masa ke masa (  √    )

4.     dari hari ke hari  (  √   )

5.     dari hari ke sehari (  x  )

61. setengah  = ½    / sesetengah = jumlah, sebilangan

1.     Setengah orang tidak suka akan durian. (   x  )

2.     Sesetengah orang tidak suka akan durian. (  √    )

3.     Setengah-setengah  orang tidak suka akan durian. (  √  )

4.     Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. (  x   )

5.     Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. (  √  )

62.          beberapa  = jumlah  /  berapa = soalan

1.     Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (  √   )

2.     Beberapa  pelajar telah menyertai kursus itu. (  x  )

3.     Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x   )

4.     Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? (  √   )

5.     eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. (  √   )

63.    = hendak makan apa? naik apa? ke mana?

1.     bas mini (  √  )

2.     mini bas (  x  )

3.     sos cili   (  √  )

4.     cili sos   (  x  )

5.     Aminah Kedai Jahit (  x   )

64.   telur apa ? ayam apa ? daging apa?

1.     ayam telur (  √   )

2.     telur ayam (  √   )

3.     ayam daging (  √  )

4.     daging ayam (  √   )

5.     kuning telur (√ )

65.   1.    Bahasa Melayu (  √  ) = nama khas bagi mata pelajaran

2.     bahasa Melayu (   √  ) = nama am bagi  bahasa

3.     berbahasa Melayu (  √    )

4.     berBahasa Melayu (   x  )

5      fasih Bahasa Inggeris  ( x )

66.   benda  + orang

1.     bapa kereta (  x  )

2.     kereta bapa  (  √   )

3.     saya punya wang (  x    )

4.     wang saya (  √    )

67. kata ganda separa + ber…an =  B 1, 1 B

1.     dedaun berguguran (  x   )

2.     daun berguguran (  √  )

3.     lelayang bergantungan (  √   )

4.     layang-layang bergantungan (  √   )

5.     kekacang bertaburan (  x   )

68.  selain = tidak perlu daripada,dari

1.     Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )

2.     Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )

3.     Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  √   )

4.     Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani.  (  √   )

5.     Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x  )

69.   (0rang) menghiaskan  /(Benda) menghiasi  /(benda) mengotori (orang)mengotorkan

1.     Mereka sedang menghiaskan pentas  itu. (  √   )

2.     Mereka sedang menghiasi pentas  itu. (  x   )

3.     Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (  x   )

4.    Pelbagai bunga menghiasi pentas  itu. (  √   )

5.    Adik mengotori lantai itu. (  x    )

70. penjodoh bilangan

1.    seketul pemadam (   √  )

2.    seutas tali leher( x  )

3.    sebuah jam dinding             (  √  )

4.    sepuluh butir telur ayam (   √  )

5.    lima buah rumah-rumah  ( x  )

71. saja (sahaja), juga , lagi = di akhir

1.     Rumah saya rumah batu juga.(  √  )

2.     Rumah saya juga rumah batu.(  x   )

3.     Gadis itu tersenyum saja. (  √   )

4.     Gadis itu saja tersenyum. (   x  )

5.     Haji Ali ke Makkah lagi.(  √   )

72. kata penguat(tidak perlu)  +  kata ganda berirama

1.     Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x    )

2.     Rambut Afiqah kusut-masai. (   √  )

3.     Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (  x    )

4.     Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. (  √   )

5.     Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )

73. berkali-kali / berulang kali = B  1 , 1  B

1.     Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )

2.     Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju (  √   )

3.     Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju (  √   )

4.     Ramli mengangguk-angguk berulang kali. (  x   )

5.     Ramli mengangguk berulang kali. (  √   )

74.  dia (betul)    /    dai (salah)

1.     diari (√    )

2.     dairi (  x   )

3.     dailek (  x   )

4.     dialek(  √   )

5.     dialog(  √   )

75.  di  = tempat   /  pada = benda

1.     Ada setompok darah di bajunya. (   x    )

2.      Ada setompok darah pada bajunya. (  √    )

3.     Doktor membalut luka pada kakinya. (  √  )

4.     Doktor membalut luka di  kakinya. (  x   )

5.     Jangan bersandar di dinding itu. (  x   )

75.          ayat songsang

1.     pendepanan frasa kerja transitif,

2.     pendepanan frasa kerja tak transitif

3.     pendepanan frasa adjektif

4.     pendepanan frasa sendi/kata hubung

1.     Sedang membaca buku murid itu. (  √  )

2.     Tertidur Mawi di situ. (   √  )

3.     Sungguh besar sekolah itu.(   √    )

4.     Ke Makkah lagi Haji Ali. (  √   )

5.      Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. (   √  )

76.  (pesakit)menjalani  /  (doktor)menjalankan

1.     Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √  )

2.     Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )

77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas  /   beliau = ada pangkat,jawatan

(tidak semestinya terkenal sahaja)

1.      Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (  √   )

2.     Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.  (  x    )

3.     Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. (  x   )

4.     Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (  √  )

5.     Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (  √   )

78.  Guru Besar  = nama khas jawatan

guru besar = kata majmuk/umum/am

1.     Bapa saya  guru besar.( √    )

2.     Bapa saya  Guru Besar di SK. Gunung Rapat.  (  √   )

3.     Semua guru besar sedang bermesyuarat. (  √   )

4.     Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. (  √    )

5.     Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. (  √   )

79.  kata bilangan   + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)

1.     sebahagian orang murid(  x   )

2.     sebahagian murid (  √   )

3.     segala ekor binatang (  x    )

4.     segala binatang  (  √   )

5.     setiap orang rakyat (   x    )

80. agar   /   supaya  /  jika  / sekiranya = 1x

1.     Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.(  x   )

2.     Saya berdoa  supaya Fatin berjaya. (  √   )

3.     Saya berdoa agar Fatin berjaya. (  √   )

4.      Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.(  x   )

5.     Jika  saya terlupa, tolong hubungi saya (  √   )


Pengunaan Penanda Wacana

Penanda Kata Wacana yang Sesuai untuk Bahagaian Pendahuluan

1.    Sejak akhir-akhir ini masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja

       menjadi  isu yang hangat diperkatakan .

2.    Dalam alaf moden ini penggunaan  komputer menjadi satu keperluan dalam   

       kehidupan manusia .                                                                             

3     Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut , eloklah saya

       menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan iklan .

4.    Semasa cuti sekolah yang lalu,aku telah dijemput oleh bapa saudaraku

       untuk bercuti di rumahnya.

5.    Memang tidak dinafikan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini 

       menghimpit kehidupan rakyat,terutamanya golongan bawahan.

6.    Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu

       ditangani segera.

       Pengunaan frasa kata dalam contoh ayat di atas membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulakan sesebuah karangan.

Bahagian Isi

1.         Pelbagai punca yang dikenal pasti  mengakibatkan berlakunya  masalah  ini.

            antaranya termasuklah…

2.         Faktor ibu bapa menjadi punca utama menyebabkan berlakunya 

            kemerosotan displin dalam kalangan remaja masa kini.

3.        Selain itu,faktor…

4.         Di samping itu,sikap remaja juga…

    

 5.        Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi

            masalah ini,seperti…

    

  6.       Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini adalah

            dengan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang tegas

             hendaklah dilaksanakan supaya…

 7.        Selain itu kerajaan juga…

 8.        Langkah lain yang boleh diambil termasuklah…

 9       .Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini.Ibu bapa

          boleh memainkan peranannya dengan…

  10.   Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama bagi mengatasi

          masalah ini.

              Dalam bahagian ini  pengunaan frasa kata seperti “Pelbagai punca…”,

“Selain itu…”,dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman daripada    

segi pembendaharaan kata yang sangat diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan.

Bahagian Huraian Isi

1.       Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasan ibu bapa di rumah sehingga

          menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukan apa-apa sahaja yang

          disukainya.

    

 2.        Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya,sedangkan

            merekalah nantinya bakal mengambil alih teraju pimpinan negara.

3.         Walaupun begitu,masih ramai yang tidak menginsafi masalah yang berlaku.

4.         Dengan kata lain,kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya

            membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas.

 5.        Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka dengan keadaan

            persekitaran.

  6.       Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah tetapi langkah

             tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama semua

             pihak.

   

7.         Oleh itu,kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat negara ini

            hancur akibat campur tangan pihak luar.

    8.     Bak kata pepatah “Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.

              Dalam huraian isi, penanda kata wacana dan pola ayat perlu diberikan perhatian juga. Pengunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain.

Contoh dalam Huraian

 1.        Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh…kes penderaan kanak-kanak

             meningkat ke angka…pada tahun 1997.

 2.        Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini,

            misalnya, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian…

    

 3         .Penderaan kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah…

     

4.         Sebagai contoh…

             Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian,penggunaan frasa kata

yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuaian konteks ayat.

Contoh Penutup

1.         Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial .                     Oleh itu…

2.         Kesimpulannya, pendisiplinan diri adalah menjadi kunci kepada kejayaan

            seseorang individu kerana…

3.         Akhir kata,sambutllah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda…

     

4.         Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada kami…

           

5.         Saya sudahi ucapan ini dengan…

              Jelaslah,aspek penanda kata wacana akan mempengaruhi pengolahan ,

struktur ayat, pemerengganan, kosa kata,dan bahasa secara keseluruhannya  yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik. Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharapkan dapat dijadikan  garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang bermutu.

Contoh-contoh cogan kata/slogan/moto


1.           Bahasa Jiwa Bangsa.

2.           Bahasa Menunjukkan Bangsa.

3.           Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

4.           Bersekutu Bertambah Mutu

5.           Biar Lambat Asalkan Selamat

6.           Membaca Jambatan Ilmu

7.           Muafakat Membawa Berkat.

8.           Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

9.           Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

10.         Budi Bahasa Budaya Kita.

11.         Tak Kenal Maka Tak Cinta

12.         Cegah Sebelum Parah

13.         Kepimpinan Melalui Teladan

14.         Belia Pemangkin Transformasi

15.         Cemerlang, Gemilang, Terbilang

16.        Badan Cergas, Otak Cerdas.

17.        Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi

18.        Ilmu Penyuluh Hidup

19.        Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

20.        Dadah Musuh Negara

21.        Budi Bahasa Budaya Kita

22.        Rumahku Syurgaku

23.        Filem Kita Wajah Kita

24.        Tiada Aedes Tiada Denggi

25.        Belilah Barangan Buatan Malaysia

26.       Cintailah Sungai Kita

27.       Cintailah Alam Sekitar

28.       Majulah Sukan Untuk Negara

29.       1Murid 1Sukan

30.       Negara Kita Tanggung Jawab Kita

31.       Malaysia Boleh

32.       Negara Bersih Rakyat Sihat

33.       Rakyat Sihat, Negara Maju

34.       Sukan Untuk Semua

35.       Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera

36.       Jimat Cermat Amalan Mulia

37.       Jiran Sepakat Membawa Berkat

38.       Biar Lambat, Asal Selamat

39.       Guru Penjana Transformasi Negara

40.       Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

41.       Belia Penggerak Wawasan Negara

42.       Sukan Pemangkin Perpaduan Negara

43.       Hidup Bahagia Tanpa Dadah

44.       Belia Benci Dadah

45.       Amalkan Gaya Hidup Sihat

46.       Kebajikan Adalah Tanggungjawab Bersama

47.       Mencegah lebih baik daripada merawat

48.       Sekolahku Syurgaku.

49.       Rumahku Syurgaku

50.       1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara

51.       Perpaduan Teras Kejayaan

52.       Perpaduan Rakyat Teras Kejayaan   

            Bersama

53.       Elakkan Pembaziran Tenaga Elektrik

54.       Cekap Tenaga Amalan Kita

55.       Daripada Seringgit Menjadi Sejuta

56.       Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. 

57.       Tak Nak

58.       1 Malaysia Menjana Transformasi

59.       Ke Arah Malaysia Cemerlang GemilangTerbilang.

60.       Agi Hidup Agi Ngelaban yang berasal daripada Bahasa Iban yang bermaksud Selagi Ada Hayat, Selagi 

        Itulah Berjuang

61.       Sekolah Cemerlang Pelajar Terbilang

62.      Janji Ditepati



   


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING