23 May
PENGOLAHAN ISI KARANGAN

Teknik Pengolahan Karangan

Bagi karangan fakta, terdapat beberapa kaedah untuk mengolah setiap perenggan. Antaranya:

  1. Mengetahui kehendak soalan.

Untuk mendapatkan hasil pengolahan karangan yang baik, pelajar perlu memilih tajuk yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik. Setelah itu, pelajar perlu mengetahui idea pusat atau isi yang ingin dibincangkan atau idea keseluruhan, atau tema. Dengan kata lain, pelajar pelu mengetahui kata kunci soalan, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Hal ini bertujuan untuk memastikan karangan pelajar tidak terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.

  1. Membina perenggan.

Bagi karangan fakta tingkatan empat memerlukan sebanyak enam hingga tujuh perenggan yang terdiri daripada satu pendahuluan, empat atau lima isi dan satu kesimpulan atau penutup. Satu perenggan hendaklah dibangunkan dengan satu ayat utama atau ayat topik sahaja.  Bagi memudahkan pelajar membina perenggan, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini penting untuk mengimbangkan huraian dan jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.


  1. Perenggan pendahuluan

Perenggan pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat sudah memadai untuk membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi karangan secara umum. Ayat pengenalan (AP) ini diikuti dengan dua atau tiga ayat huraian. Ayat huraian (AH)bertujuan menyokong kenyataan ayat pengenalan. Perenggan pengenalan akan diakhiri dengan satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan. Ayat fokus (AF) merupakan ayat persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.

Contoh:

     (AP) marcapada ini, isu tentang disiplin dalam kalangan pelajar yang semakin merosot di sekolah telah menjadi buah mulut masyarakat. (AH1) Berita tentang ini sering disarkan di media massa sama ada di media cetak atau di media elektronik. (AH2) Bilangan murid yang terjebak dala masalah disiplin semakin meningkat dari hari ke hari secara mendadak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. (AH3) Jika masalah ini tidak diatasi, pelbagai kesan akan timbul kerana setiap yang luka sudah pasti meninggalkan parutnya. (AH4) banyak punca yang menyebabkan yang menyebabkan disiplin pelajar semakin membimbangkan seperti pengaruh rakan sebaya, media massa dan sebagainya. (AF) Namun, sikap ibu bapa merupakan punca utama yang menyebabkan anak mereka terlibat dalam masalah disiplin kerana jikalau tiada angina masakan pokok bergoyang.


b. Perenggan isi

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumpah isi utama. Kebiasaannya, sebuah karangan fakta memerlukan empat hingga lima perenggan isi. Satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan sahaja. Untuk menampakkan olahan karangan itu menaik,pelajar perlu membina lima atau enam ayat dalam satu perenggan

         Bagi pelajar yang sudah cekap mengarang, ayat ayat topik (AT) boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir perenggan. Tetapi, untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan pada awal perenggan. Ini diikuti dengan ayat sokongan (AS) kepada ayat topik dan diikuti dengan ayat contoh (AC). Perenggan isi akan diakhiri dengan ayat penutup (AP).

Contoh:

         (AT) Ibu bapa pada zaman ini tidak memberikan perhatian kepada anak mereka. (AH1) Mereka tidak mempedulikan pelajaran anak mereka krana sibuk dengan urusan seharian. (AH2) Hal ini menyebabkan anak mereka mengabaikan pelajaran pelajaran dan hilang rasa minat untuk belajar. (AH3) Oleh sebab mereka jurang memberikan perhatian, anak-anak bebas melakukan apa-apa sahaja kerana menganggap mereka sudah besar dan dewasa.  Anak-anak yang tanpa kawalan akan terdedah dengan pelbagai gejala negatif di persekitaran mereka. (AC) sebagai contoh, ibu bapa mereka tidak mengambil kisah sama ada anak-anak berada di rumah atau di luar rumah. (AP) oleh sebab kurang diberikan perhatian, anak-anak akan memberontak dan seterusnya terjebak dalam gejala yang tidak diingini.


c. Perenggan penutup

Perenggan ini berfungsi untuk merumus secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina tiga hingga lima ayat dalam satu perenggan. Perenggan ini tidak memerlukan pelajar untuk mengulang kembali apa yang ditulis dalam perenggan sebelumnya. Untuk membina perenggan ini, pelajar perlu membuat ayat kesimpulan (AK) diiringi dengan ayat huraian (AH). Dalam ayat huraikan, pelajar boleh masukkan kesan bagi topik tersebut. Setelah itu, pelajar perlu memberikan ayat cadangan (A. Cdgn) bagi topik yang dibicarakan dan seterusnya ayat pendapat (A. Pdpt). Bagi ayat cadangan dan pendapat, pelajar boleh memberikan sekurang-kurangnya satu bagi setiap ayat.

Contoh:

  Secara kesimpulannya, (AK) masalah disiplin dalam kalangan pelajar perlu dibendung seperti kata pepatah Melayu, “cegah sebelum parah”. (AH) jika masalah ini tidak disekat dengan secepat mungkin, masalah ini akan menjadi budaya dan popular dalam kalangan generasi pelapis negara pada masa akan datang. (A. Cdgn) oleh itu, semua pihak selain ibu bapa perlu bersenergi bagai aur dengan tebing. (A.Pdpt) kepada ibu bapa, mereka mestilah ingat bahawa disebabkan nila setitik maka rosaklah susu belanga. (A. Cdgn) Jadi, mereka perlu sentiasa menjaga dan mengawasi anak-anak supaya tidak terbabitdalam masalah disiplin di sekolah.


Huraian di atas adalah teknik yang betul dalam pengolahan karangan fakta terutaa bagi pelajar yang kuang mahir dalam penulisan karangan. Pelajar akan manjadi mahir untuk menulis karanga jika guru menerangkan dengan cara yang jelas dan tepat.




Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING