23 May
ISI DALAM PENULISAN KARANGAN

Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:

  •  Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
  •  Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
  •  Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan.
  •  Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami.
  •  Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.
  •  Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.
  •  Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis  semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh.
  •  Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis. 
Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING