Nama : Bathelin Jentia Anak Louis No. Matrik : D20171077827 Profesor Madya Dr. Adenan Bin Ayob BMP3093 Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Salam sejahtera dan selamat datang ke laman sesawang saya. Pertama sekali, nama saya ialah Bathelin Jentia Louis. Saya merupakan pelajar jurusan Bahasa Melayu dengan kepujian dan berada di semester keempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Laman sesawang ini dibina untuk membantu pelajar SPM khususnya pelajar yang sedang belajar di tingkatan empat. Saya berharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam menghasilkan karangan yang cemerlang. Sekian, terima kasih.
Saya amat bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Adenan Bin Ayob kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan laman sesawang ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan laman sesawang ini.Terima kasih.